Monday, January 30, 2012

17 weeks

 
Panjang bayi sekarang hampir 5.5 inci / 13 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 5 auns / 140 gram. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung bergelar myelin mula membalut korda spina dengan perlahan-lahan.


Dengan bantuan stetoskop khas, sekarang sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi. Tiada yang lebih menyenangkan atau menguja daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Pada hari-hari terasa bimbang tentang apakah kemajuan kehamilan, mendengar denyutan jantung bayi memberitahu yang dia sedang berkembang dan membesar. Pada masa-masa bosan dan terasa seolah-olah kehamilan  tiada kesudahannya, ia memberi peringatan manis tentang apa yang akan disambut kelak setelah menunggu selama 40 minggu.

Uterus yang kian membesar telah mengalihkan pusat graviti dan mungkin merasa agak kurang seimbang. Berhati-hatilah dan pakailah kasut tumit rendah.

Sekiranya belum lagi menjalankan amniosentesis dan bertujuan untuk mengambilnya, minggu ini adalah masa yang sesuai.

sumber: www.babycenter.com.my

No comments:

Post a Comment