Bulan ni genap adam senior 1thn 9bln..adam junior dah 2 bln...alhamdulillah setakat hari ini aku dapat menyusukn adam junior tanpa gangguan dan stress yang melampau...
Back pada citer adam senior continue dari episod 1, lepas dh ada adik makin teruk lak mil aku melayan die ibarat anak sndiri kot...nak kata terasa hati anak aku ni kecik lagi sebenarnya yang buat makin worse adalah mil n sil aku...aku bkn jenis outspoken jd bnyk berdiam diri sampai dipijak2 org lain sampai makan diri sendiri...
Sekiranya aku dah xde yang ni aku nak adam afiq baca
Khas untuk anakku adam afiq:
Ibu tak pernah membezakan kasih sayang ibu antara anak2 ibu...tapi yang 'membezakan' adalah orang lain yang anak ibu akan tahu sendiri...
Ibu tak pernah berkire masa yang ibu tak tdo langsung malam tika anak ibu sakit kerana adam afiq adalah nyawa ibu
Walaupun bukan ibu yang menjaga dan mengasuh adam afiq di siang hari tapi di hati ibu ni sentiasa memikirkan keadaanmu anakku
Ibu tidak menyuapkan makanan di mulutmu tapi ibu sanggup berlapar sehingga ibu tau anak ibu dah kenyang makan
Ibu tidak dodoikan mu tdo tapi ibu sentiasa mendoakan adam akan slalu mimpi ibu dalam tdomu
Ibu sangat gembira tika membeli pakaianmu walaupun ibu sndiri tidak mampu beli pakaian sendiri
Ibu bukanlah ibu yang terbaik untuk adam afiq tapi jauh di sudut hati ibu mengharapkan anak ibu menjadikan ibu yang terbaik buatmu
Sekiranya adam afiq membaca nota ini,maafkan segala kesalahan dan kekurangan ibu selama ibu menjaga adam afiq...ibu amat menyayangi mu anakku
No comments:
Post a Comment